Sunday, November 30, 2008

KERJA CUTI

1 Disember 2008, Isnin
Pengendali blog ada singgah di sekolah hari ini. Pengendali nampak kerja-kerja membaiki siling bilik Guru Besar sedang giat dijalankan.
Begitu juga dengan ini.

Sebelum pengendali blog bertolak balik ...

SIAP!!

... cayalah!


TERBAIK 2008

Tiga kategori yang paling tinggi dalam Anugerah Cemerlang 2008 SK2PJ dan pemenangnya ialah:

1. Anugerah Akademik Terbaik : Muhammad Shafiq b Mohd Nizam
2. Anugerah Sahsiah Terbaik : Suhail b Sulaiman
3. Anugerah Kokurikulum Terbaik : Sajnah bt Mohammad Yusuf

Pemenang Anugerah Keseluruhan Terbaik : Suhail b Sulaiman

Semoga mereka akan kekalkan kecemerlangan mereka.
Tahniah!

Monday, November 24, 2008

TARIKH PENTING

Semua warga SK2PJ diminta supaya jangan lupa tentang tarikh-tarikh berikut:

23.12.2008 Mesyuarat Pengurusan (Pentadbir sahaja)
30.12.2008 Mesyuarat Guru Pertama (Semua guru)
03.01.2009 Orientasi Tahun Satu (Semua guru)

Juga jangan lupa tarikh-tarikh di mana cikgu bertugas! (Maaf tak disertakan di sini.)
Selamat bercuti.

MENANTI ANJAKAN GAJI

Tahniah kepada 3 orang guru SK2PJ yang bakal menerima anjakan gaji pada tahun 2009 selapas lulus IV dalam PTK. Mereka ialah:
1. Ahmad Mustafa b Abdullah
2. Fatimah bt Said
3. Mohd Azlee b Razali

Cikgu-cikgu yang lain jangan ketinggalan untuk mengejar anjakan gaji. Ayuh, study kuat-kuat!

UPSR - SUKA DAN DUKA

UPSR 2008 yang diumumkan pada 13 November baru-baru ini membawa berita suka dan duka kepada sekolah SK2PJ.

Duka :
1. Peratus lulus keseluruhan menurun daripada 69% kepada 57%. Penurunan yang boleh dianggap besar.
2. Murid-murid yang diberi harapan untuk skor 5A semua kecundang, terutamanya adik Suhail dan adik Mohd Shafiq.
3. Peratus lulus bagi mata pelajaran Sains merundum ke 64.3%.

Suka:
1. Murid yang kurang diberi harapan muncul wira 5A! Tahniah adik Piravin.
2. Mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman mencatat keputusan 100% lulus! Hari ini dalam sejarah.
3. Mata Pelajaran Matematik mencatat peratus tertinggi dalam sejarah, 92.9%.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

Disertakan juga keputusan keseluruhan UPSR bagi tahun 2002 - 2008.

Sunday, November 23, 2008

TAHNIAH!

Pentadbiran blog ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Nordina bt Rosle yang baru-baru ini telah berkonvo Diploma Pendidikan(19 November). Secara rasminya beliau kini adalah guru yang bertauliah. Diharap beliau akan menunjukkan komitmen dan keproaktifan dalam menjalankan tugas.

Nordina bt Rosle

Tidak lupa juga Pn Rosmiza bt Mustapha yang telah berkonvo pencapaian yang sama pada awal tahun ini; dan Ahmad Mustafa b Abdullah yang telah berkonvo pada bulan Ogos untuk Ijazah Saujana Mudanya.
Bagi yang dah lama rileks belajar tu. Cepat-cepatlah mengemaskan diri untuk menyambung belajar ... sebelum terlewat.

Bagi yang gagal mendapat tempat dalam Program Pensiswazahan Sekolah Rendah November 2008, diharap tidak rasa kecewa dan putus asa. 3000 tempat untuk 39,000 permohonan memang sukar. Carilah alternatif lain atau tunggu permohonan akan datang. Selamat mencuba.

GURU BESAR DAPAT TUKAR

Petaling Jaya - 21 Nov. Guru Besar SK 2 Petaling Jaya Pn Hjh Che Dah bt Hj Hussin telah mendapat pertukaran ke SK Seksyen 7 Shah Alam berkuatkuasa 19 November. Beliau telah memanggil semua Penolong Kanan untuk taklimat akhir pada 21 November. Beliau memesan agar semua Penolong Kanan meneruskan segala perancangan yang telah disusun, ini termasuklah hal-hal berkaitan yuran, mesyuarat pertama, orientasi tahun 1 dan lain-lain.
Menurut Pn Hjh Che Dah, penggantinya telah ada, pihak sekolah sedang menunggu Guru Besar baru untuk melaporkan diri.
Hjh Che Dah, khidmatnya di SK2PJ hanya 8 bulan. Seorang Guru Besar yang sangat berdedikasi dan teliti. Pertukarannya pasti dikenang.