Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari ini, 17hb Oktober 2009, telah berlangsung satu siri acara sebelum mula bercuti Hari Raya esok.

Antara yang dijalankan pada hari ini:
- Majlis Khatam Al-Quran
- Majlis Penyampaian Hadiah Ihya' Ramadhan
- Penyampaian Cenderamata oleh Guru Pelatih
- Penyampaian sumbangan Duit Raya
- Salam Raya murid bersama guru dan pemberian duit raya.

Sekolah akan bercuti Hari Raya selama 10 hari mulai 18hb hingga 27 Oktober 2009.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Pemberian cenderamata tanda rasa sayang.

Tuesday, September 8, 2009

UPSR BERMULA

UPSR telah bermula, semoga semua murid Tahun 6 SK 2 Petaling Jaya dapat menjawabnya dengan tenang dan berjaya.

Jadual Peperiksaan :

8 Sept 2009 (Selasa)
BM-Pemahaman
BM-Penulisan
Mathematics paper 2

9 Sept 2009 (Rabu)
Mathematics Paper 1

10 Sept 2009 (Khamis)
BI Paper 1
BI Paper 2
Science
Ujian Aptitude Semoga berjaya ...

Friday, September 4, 2009

RESTU ILMU

Majlis Restu Ilmu UPSR telah dijalankan pada hari ini 4 September 2009, Jumaat, jam 12.00 tengah hari di Kelas Tahun 1 Cerdas.
Murid-murid UPSR diberi amanat terakhir sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan Selasa depan.