Wednesday, December 30, 2009

GURU SAINS MELAPOR DIRI

Akhirnya guru Sains baru melaporkan diri di sekolah ini.

1. Pn Siti Nurulatina bt Ibrahim (Sains, BI)
2. Pn Norashima bt Ibrahim (Pendidikan Khas)

Kedua-duanya melaporkan diri pada hari ini, 31 Disember 2009.
Selamat menjalankan tugas.Muka-muka baru di SK2PJ: Ani, Siti Nurulatina, Norashima, Pramila.

Tuesday, December 29, 2009

LONJAKAN SAUJANA

Tahniah, SK2PJ menjadi SEKOLAH LONJAKAN SAUJANA PPDPU kerana pencapaian UPSR 2009.
Sebanyak 11 buah sekolah yang mendapat pengiktirafan ini, SK2PJ berada di tangga ke-4.

**Lonjakan Saujana adalah untuk sekolah-sekolah yang mencapai peningkatan 5% dan ke atas dalam UPSR.

Monday, November 30, 2009

AKTIVITI DISEMBER 2009

1. Hari Keputeraan Sultan Selangor - 11 Disember 2009
2. Awal Muharram - 18 Disember 2009
3. Hari Krismas - 25 Disember 2009
4. Perjumpaan Penyelaras dan Ketua Panitia - 28 Disember 2009
5. Mesyuarat Kurikulum pertama - 29 Disember 2009
6. Mesyuarat Guru Pertama - 30 Disember 2009
7. Orientasi Tahun 1 - 31 Disember 2009
8. Sekolah Bermula - 4 Jan 2010

##sebarang kekeliruan, sila telefon terus di talian 03-77829287

Sunday, November 22, 2009

GURU BARU

Guru baru yang bakal melaporkan diri :

1. Pn Pramila a/p Ponniah
2. Pn Ani bt Ibrahim
3. En/ Pn Y

Mereka akan memulakan tugas pada 1 Disember 2009.

Wednesday, November 18, 2009

HARI INI HARINYA...

Tanggal 19 November 2009. Hari inilah harinya. Keputusan UPSR yang ditunggu-tunggu akhirnya diumumkan. Ada yang suka, ada yang duka, ada yang puas, ada yang tidak...
Kami semua nak 5A!!

CUTI UMUM 2010

Tahun Baru - 1 Jan
Thaipusam - 30 Jan
Tahun Baru Cina - 14, 15 Februari
Maulidur Rasul - 26 Fabruari
Hari Pekerja - 1 Mei
Hari Wesak - 28 Mei
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong - 5 Jun
Nuzul Al-Quran - 27 Ogos
Hari Merdeka - 31 Ogos
Hari Raya Puasa - 10, 11 September
Hari Malaysia - 16 September
Deepavali - 5 November
Hari Raya Haji - 17 November
Maal Hijrah - 7 Disember
Hari Keputeraan Sultan Selangor - 11 Disember
Hari Krismas - 25 Disember

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2010

Hari Persekolahan (4 Jan - 12 Mac 2010)
Cuti Pertengahan Penggal (13 Mac - 21 Mac 2010)
Hari Persekolahan (22 Mac - 4 Jun 2010)
Cuti Pertengahan Tahun (5 Jun - 20 Jun 2010)
Hari Persekolahan (21 Jun - 3 Sept 2010)
Cuti Pertengahan Penggal (4 Sept - 12 Sept 2010)
Hari Persekolahan (13 Sept - 19 Nov 2010
Cuti Akhir Tahun (20 Nov - 2 Jan 2011)

Tuesday, November 17, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 09'

Hari ini, 17 November 2009, telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang edisi 2009, bertempat di dewan sekolah. Tetamu kehormat kali ini ialah En Hamid b. Mohd Sidek, CEO Makhostia Utilities Sdn Bhd. Beliau juga merupakan bekas murid sekolah ini dari tahun 1969 hingga 1974.

Anugerah Tokoh Murid kali ini disandang oleh:
Tokoh Kokurikulum : Saheeda bt Mohd Selamat
Tokoh Akademik : Sarhan b Sulaiman

Tokoh Nilam:
Aiman Haziq b Abu Talib (Tahap 1)
Puteri Balqis Athirah bt Mohd Zainal Abidin (Tahap 2)

Thursday, November 12, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

KEPUTUSAN UPSR : 19 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)
No Pusat : BK141
Nama Sekolah : SK (2) Petaling Jaya
Bil Murid : 24

Pemahaman : 87.5%
Penulisan : 83.3%
B Inggeris : 70.8%
Mathematics : 91.7%
Science : 79.2%
Gagal semua mata pelajaran : Tiada

Keseluruhan : 66.7%

5A : -
4A : 2
3A : 2
2A : 4
1A : 6


JAMUAN TAHUN 6 2009

Jamuan Tahun 6 telah diadakan pada hari ini, 13 November 2009, jam 10.00 pagi di kelas 6 Cerdas.Hero-hero yang mewarnai Tahun 6 2009.
Bunga-bunga 6 Cerdas.
Bab makan kami beres sokmo!

Friday, November 6, 2009

GURU BERTUKAR ...

Musim guru bertukar dah tiba!
Mendahului senarai ialah :

1. Noraini bt Junoh (SK Nenasi, Pekan, Pahang)
2. Mohd Azlee b Razali (SK Charuk Puting, Temerloh, Pahang)
3. Siti Aisah bt Ibrahim (SK Kg Tengah, Temerloh, Pahang)

Semua pertukaran berkuat-kuasa 1 Disember 2009.
Tahniah kerana berjaya, yang tak berjaya boleh cuba lagi tahun hadapan.
Selamat menjalankan tugas di sekolah baru.

HARI KANAK-KANAK 2009

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini, 6 November 2009, bertempat di kantin sekolah.
Antara persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid:
-choral speaking
-lakonan
-street dance
-tarian tamil
-tarian siti situ
-nyanyian
-dikir barat

Tokoh Murid 2009 pula dimenangi oleh:
Sarhan b Sulaiman (L)
Faizah Asyiqin bt Roslan (P)

Wednesday, November 4, 2009

AKTIVITI BULAN NOVEMBER

Aktiviti yang bakal dijalankan dalam bulan ini:

1. Ceramah Awal Remaja - 3 November 2009
2. Sambutan Hari Kanak-kanak - 6 November 2009
3. RIMUP (Lawatan Ke Melaka) - 7 November 2009
4. Futsal Antara Rumah - 11 November 2009
5. Jamuan Kelas Tahun Enam - 13 November 2009
6. Hari Anugerah Cemerlang - 17 November 2009
7. Jamuan Dinner Akhir Tahun - 17 November 2009
8. Jamuan Pusat Sumber - 19 November 2009
9. Majlis Perpisahan & Penyerahan Sijil UPSR - 20 November 2009
10. Jamuan Pengawas - 20 November 2009
11. Mesyuarat Induk HEM 4/2009 - 23 November 2009
12. Mesyuarat Induk Kurikulum 4/2009 - 23 November 2009
13. Mesyuarat Induk Kokurikulum 4/2009 - 24 November 2009
14. Program Satu Murid Satu Pokok
15. Latihan Kebakaran 2/2009
16. Kem Bestari Solat 4/2009
17. Hari Anugerah Cemerlang Khas UPSR
18. Cuti Sekolah Bermula - 21 November 2009
19. Persediaan Penyelaras Tahun - 29 Disember 2009
20. Mesyuarat Guru Pertama 2010 - 30 Disember 2009
21. Orientasi Tahun 1 2010 - 31 Disember 2009

Thursday, October 22, 2009

GAMBAR KELAS 2009

Hari ini, 22 Oktober 2009 telah berlangsung sesi fotografi untuk kelas-kelas.4 Cerdas 2009 5 Cerdas 20096 Cerdas 2009

##Comel dan handsomenya guru-guru yang pakai baju Batik Rasmi Sekolah!! :-D

Saturday, October 17, 2009

HAPPY DEEPAVALI

Happy Deepavali kepada semua murid yang beragama Hindu. Kepada semua warga sekolah yang bercuti sempena perayaan ini, selamat bercuti.

Wednesday, October 14, 2009

BERITA SEKOLAH bil(09)sk2pj/07/01/002

Tuan-tuan, Puan-puan,
Penjaga murid-murid,
SK 2 Petaling Jaya.

Sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali dari 17 Oktober hingga 19 Oktober 2009 (Sabtu hingga Isnin).
Berita Sekolah bertarikh 2 September 2009 berkaitan Hari Deepavali adalah terbatal.

Sekian untuk makluman dan tindakan.

Guru Besar.

Sunday, October 11, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Tarikh : 10, 11 Oktober 2009
Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat
Anjuran : Unit Kokurikulum, SK2PJ
Pemandangan seindah lukisan inilah vanue perkhemahan Unit Beruniform kali ini.
Pertandingan mendirikan khemah. Mengisi Air Dalam Paip Besar. Laluan Berhalangan. Keberanian tercabar dalam Jungle Tracking. Mandi di air terjun di atas bukit, pengalaman yang menakjubkan!
Posing...
Dan banyak lagi aktiviti yang pasti meninggalkan seribu kenangan.

Friday, October 2, 2009

AKTIVITI BULAN OKTOBER

Pejam celik dah bulan Oktober!
Antara aktiviti yang dijangka berlangsung ...

1. LDP 5/2009 (Pekeliling dan Perintah Am) - 3 Oktober 2009
2. LDP 6/2009 (1Guru 1Blog, Program ZOOM-A) - 6, 7 Oktober 2009
3. Pengagihan peruntukan KWAMP - 7 Oktober 2009
4. Perkhemahan Unit Beruniform - 10, 11 Oktober 2009
5. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah - 12 Oktober 2009
6. PKSR 2 - 19 hingga 22 Oktober 2009
7. Mesyuarat Guru 6/2009 - 22 Oktober 2009

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari ini, 17hb Oktober 2009, telah berlangsung satu siri acara sebelum mula bercuti Hari Raya esok.

Antara yang dijalankan pada hari ini:
- Majlis Khatam Al-Quran
- Majlis Penyampaian Hadiah Ihya' Ramadhan
- Penyampaian Cenderamata oleh Guru Pelatih
- Penyampaian sumbangan Duit Raya
- Salam Raya murid bersama guru dan pemberian duit raya.

Sekolah akan bercuti Hari Raya selama 10 hari mulai 18hb hingga 27 Oktober 2009.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Pemberian cenderamata tanda rasa sayang.

Tuesday, September 8, 2009

UPSR BERMULA

UPSR telah bermula, semoga semua murid Tahun 6 SK 2 Petaling Jaya dapat menjawabnya dengan tenang dan berjaya.

Jadual Peperiksaan :

8 Sept 2009 (Selasa)
BM-Pemahaman
BM-Penulisan
Mathematics paper 2

9 Sept 2009 (Rabu)
Mathematics Paper 1

10 Sept 2009 (Khamis)
BI Paper 1
BI Paper 2
Science
Ujian Aptitude Semoga berjaya ...

Friday, September 4, 2009

RESTU ILMU

Majlis Restu Ilmu UPSR telah dijalankan pada hari ini 4 September 2009, Jumaat, jam 12.00 tengah hari di Kelas Tahun 1 Cerdas.
Murid-murid UPSR diberi amanat terakhir sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan Selasa depan.

Monday, August 31, 2009

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER

Antara yang bakal berlaku bulan ini:

1. Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR - 3 Sept 2009
2. Mesyuarat Guru - 4 Sept 2009
3. Majlis Restu Ilmu - 4 sept 2009
4. Cuti Nuzul Al-Quran - 7 Sept 2009
5. UPSR - 8, 9, 10 Sept 2009
6. Cuti Hari Raya Aidilfitri - 19 hingga 27 Sept 2009
7. Ihya Ramadhan - sepanjang Bulan Ramadhan

Monday, August 24, 2009

KELAS TAMBAHAN UPSR

Bulan Puasa telah bermula pada 22 Ogos 2009, Kelas Tambahan UPSR juga bermula pada hari ini. Namun berbekalkan semangat ingin belajar, murid-murid UPSR ini tetap menunjukkan wajah ceria.Kelas Tambahan ini bermula pada 22 Ogos 2009 dan berakhir pada 29 Ogos 2009.

Wednesday, August 19, 2009

MR HORLICKS MENYERANG

Horlicks telah datang membuat ceramah Makan Untuk Kesihatan di sekolah ini pada jam 9.00 hingga 10 pagi di kantin sekolah.
Sambil mendengar ceramah, sambil mendapat hadiah.
Kehadiran Mr Horlicks menggamitkan seketika suasana.

Tuesday, August 18, 2009

GERAK GEMPUR UPSR 09'

Peperiksaan Gerak Gempur UPSR PPD Petaling Utama sedang giat berlangsung. Ia dijalankan selama 3 hari dari 18 hingga 20 Ogos 2009.

Thursday, August 6, 2009

PENGANTIN BARU OGOS

En Mahadi b Abu Bakar telah menamatkan zaman bujangnya pada 9 Ogos 2009 bersama gadis pilihan beliau Cik Hezereen bt Jaafar.
Selamat Pengantin Baru.

Bergambar dengan teman dan rakan sekolah.

BANGUNAN BARU

2 blok bangunan akan didirikan di kawasan belakang sekolah sekarang. Kerja-kerja memagar dan meroboh bangunan rosak telah bermula sejak 25 Julai 2009. Mengikut kontraktor yang berkaitan, 2 blok bangunan ini akan dapat disiapkan dalam masa setahun.
Kerja-kerja memecahkan gelanggang serbaguna sedia ada.

Wednesday, August 5, 2009

AMARAN H1N1

Amaran H1N1. Ya, bilangan kematian dan bilangan yang dijangkiti terus meningkat saban hari. Khabarnya terdapat seorang murid sekolah ini telah dikuarantin di rumah. Sebilangan murid 'mengambil giliran' bercuti walaupun musim ujian. Tak kurang serius juga, bilangan guru yang selesema dan demam di sekolah ini bertambah dengan mendadak. Ada yang dah bercuti sakit, sedang bercuti sakit, dan akan bercuti sakit?
Sesiapa yang menghidap demam dan selesema diharap memakai topeng muka agar tidak menjangkiti orang lain. Yang sihat walafiat tu pakailah topeng muka agar tidak terjangkit.

Sama-sama kita berusaha mengelakkan jangkitan H1N1.

AKTIVITI BULAN OGOS 09'

Bulan ogos telah datang secara mendadak, antara aktiviti yang dijangka dijalankan:

1. Kemuncak dan Penyampaian Hadiah Bulan Membaca - 3 Ogos 2009
2. Percubaan UPSR JPS - 4,5,6 Ogos 2009
3. Ujian Bulanan - 4,5,6 Ogos 2009
4. Gotong Royong Bilik Khas - 5 Ogos 2009
5. Pelancaran Bulan Kemerdekaan - 10 Ogos 2009
6. Kem Bestari Solat 3/09 - 15 Ogos 2009
7. Gerak Gempur UPSR PPDPU - 18 hingga 20 Ogos 2009
8. Majlis Penutup dan penyampaian Hadiah Bulan Merdeka - 21 Ogos 2009
9. Cuti Pertengahan Penggal ke-2 - 22 Ogos hingga 31 ogos 2009
10. Kelas Tambahan UPSR - 22 hingga 29 Ogos 2009

Saturday, July 25, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4/9

LDP kali ke-4 2009 telah selamat dijalankan pada hari ini, 25 Julai 2009, 8.00 hingga 4.30 petang.
Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dijadikan bekalan semasa menjalankan tugas seharian.

Wednesday, July 22, 2009

MOTIVASI PENGAWAS 09'

Program Motivasi Pengawas telah selamat dijalankan pada hari ini, 22 Julai 2009, jam 2.00 - 5.00 petang bertempat di dewan sekolah. Semua guru turut bersama.

Sunday, July 12, 2009

UPSR SEMAKIN MENGHAMPIRI

Ya, benar, UPSR dah semakin menghampiri. Hari ini telah dimulakan Peperiksaan Percubaan UPSR peringkat sekolah. Kepada murid-murid yang berkenaan, Jawablah sebaiknya.

Sunday, July 5, 2009

AKTIVITI BULAN JULAI 09'

Aktiviti-aktiviti yang dijangka dijalankan dalam bulan Julai:

1. Guru Pelatih dari UM lapor diri (praktikum) - 6 Julai 2009
2. Pelancaran Bulan Membaca - 6 Julai 2009
3. Mesyuarat Peperiksaan 2/09 - 8 Julai 2009
4. Promosi Minuman MILO - 9 Julai 2009
5. Percubaan UPSR peringkat sekolah - 13 hingga 16 Julai 2009
6. Program Satu Murid Satu Pokok - 18 Julai 2009 (ditunda)
7. Pelancaran Program Minggu Pusat Sumber - 20 Julai 2009
8. Program Motivasi Pengawas, Ketua Kelas - 22 Julai 2009
9. LDP 4/09 "Team Building" - 25 Julai 2009
10. Ujian Bulanan 2/09 - 28 Julai hingga 6 Ogos
Pelancaran Bulan Membaca disempurnakan oleh Pn Guru Besar.
.

Promosi MILO oleh Nestle.

Friday, June 19, 2009

HARI TERBUKA 2009

Hari Terbuka 2009 telah dijalankan pada hari ini, 19 Jun 2009, Jumaat, 8-10 pagi.
Guru berbincang dengan ibu bapa, murid membuat kerja yang diberi.
.Sebahagian ibu bapa yang menunggu giliran bertemu guru.