Thursday, February 26, 2009

SEJARAH JANGANLAH BERULANG...

Sepanjang minggu ini sejak 23hb Februari 2009 Isnin, pasukan bola sepak sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak MSSD peringkat zon di SK Bukit Bintang.
Setelah 4 hari berentap, keputusan telah diketahui:
Hari pertama : kalah 1-0 (dengan SK Bukit Bintang 2)
Hari ke-2 : kalah 2-0 (dengan SJKT Vivekananda)
Hari ke-3 : kalah 5-0 (dengan SK Methodist)
Hari ke-4 : kalah 4-0 (dengan SK Tmn Dato Harun)
Barangkali inilah keputusan terburuk yang pernah dicapai oleh sekolah ini.
Diharap persediaan yang rapi dibuat pada masa akan datang sebelum menyertai sebarang pertandingan.
Sejarah jangan berulang lagi!
.

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN GIGI

Pihak Pejabat Kesihatan Pergigian telah berkampung di sekolah sejak 18hb Februari 2009 untuk membuat pemeriksaan dan rawatan gigi kepada semua murid.
Hari ini 26hb Februari merupakan hari terakhir mereka berada di sini. Seperti biasa sesi rawatan akan diakhiri dengan latihan menggosok gigi.
.

Wednesday, February 25, 2009

PEMERIKSAAN KANTIN OLEH JABATAN KESIHATAN

Pemeriksaan Kantin oleh Pasukan Jabatan Kesihatan telah diadakan pada 25hb Februari 2009, jam 12.00 tengahari.
Skor diperolehi 63.9. Keputusan adalah mengecewakan.
Harap perbaiki apa yang tidak kena dengan SEGERA, untuk elak daripada notis tutup serta-merta.
.

Tuesday, February 24, 2009

LAWATAN NAZIR KE SEKOLAH

Selama 2 hari berkampung di sekolah ini, pihak Nazir akan beralih ke SK Kg Tunku esok.
Terima kasih kerana datang ke sekolah ini.
.

MUKTAMAD, BERITA BURUK!! ...

Muktamad!
Utz Suzilawati bt Che Pa akan meninggalkan sekolah ini. Beliau akan berpindah ke SK Taman Medan. Alasan perpindahan ialah terdapat lebih guru agama di sekolah ini.
Sudah banyak tahun Utz Suzi mengajar di sekolah ini, kita semua turut rasa sedih ya.
Kita doakan agar Utz Suzi akhirnya dapat pindah ke Puchong jua.

Operasi memindahkan guru berlebihan di sekolah-sekolah telah bermula sejak awal tahun ini.
Antara yang terdengar ialah :
SK Bukit Lanjan - 2 orang
SK Damansara Jaya 2 - 4 orang ( salah seorang tu kawe kite ya ... )
.

Saturday, February 21, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG 2009...

Mesyuarat Agung PIBG 2009 telah selamat berlangsung. Guru Besar Pn Hjh Salmah bt Abd Rahman sempat kembali dari kursus.

Senarai AJK Induk 2009-2010
Tn Hj Azha b Hj Hussin - YDP
Pn Fazliyaton bt Sharif - NYDP
Cik Siti Khatijah bt Shamsudin - S/U Kehormat
Pn Siti Aisah bt Ibrahim - Bendahari Kehormat

AJK Ibu Bapa:
En Mohd Rozaini b Alimin
En Darus b Kadiman
Siti Sharifah Aini Said Abdul Rahman
Pn Mazni bt Mansor
En Basir b Din
En Alias b Sudin
Pn Soleha Hana bt Mohd Umar

AJK Guru:
Pn Yusniza bt Mohd Lawi
Pn Hazalinda bt Yaacob
En Mohd Azlee b Razali
Pn Rosmiza bt Mustapha
Pn Noraini bt Junoh
Pn Raja Norhayati bt Raja Daud

Nordina: Makanan banyak, susah nak diet.
Rosmiza : Meme doh!
Noraini : Hepi le sikit, orang nak kahwin pun tak risau ...
.

Monday, February 2, 2009

AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2009

1. Mesyuarat Guru-guru SBT (Skim Bantuan Tuisyen) - 2/2/2009 Isnin
2. Perjumpaan Khas Guru-guru - 3/2/2009 Selasa
3. Mesyuarat Kantin dan Kedai Buku 10/2/2009 Selasa
4. Mesyuarat JK RMT/PSS 10/2/2009 Selasa
5. Mesyuarat JK Bantuan Peringkat Sekolah 11/2/2009 Rabu
6. Hari Sabtu yang bersekolah - 14/2/2009 Sabtu - jadual Jumaat
7. Kem Bestari Solat 1/2009 - 14/2/2009 Sabtu
8. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2009 - 16/2/2009 Isnin
9. Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber - 16/2/2009
10. Pemeriksaan dan Rawatan Gigi murid - bermula 18/2/2009
11.Mesyuarat JK Kebajikan - 19/2/2009 Khamis
12. Mesyuarat JK SMM/ Inventori - 23/2/2009 Isnin
13. Kemaskini dan operasi fail - 16-20hb Feb 2009
14. Lawatan Jemaah Nazir Selangor ke SK2PJ - antara 20-27hb/Feb/2009
15. Mesyuarat Agung PIBG - 28/2/2009 Sabtu
Penghantaran Laporan Caruman Skim Takaful Sekolah Malaysia - 5/2/2009
Penghantaran Permohonan KWAPM 2009 (pelarasan) - 16/2/2009
.
Cuti Ganti Thaipusam - 9/2/2009 Isnin
.
Kejohanan Sepak Takraw MSSD
Kejohanan Catur MSSD
Kejohanan Bola Sepak MSSD peringkat zon
.
Mesyuarat-mesyuarat Panitia
Mesyuarat PPSMI + Panitia Bahasa Inggeris
Mesyuarat ICT
Mesyuarat JK SPBT
.
Kelas Tambahan Tahun 6 bermula
Skim Bantuan Tuisyen bermula
.
Pencerapan
Penyemakan Buku Latihan
.