Saturday, March 28, 2009

PEMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6

Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 telah diadakan pada 28 Mac 2009, Sabtu, 8.00 pagi. Motivasi murid-murid Tahun 6 dan perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 6 dijalankan serentak masing-masing di perpustakaan dan dewan sekolah.
Motivasi oleh pakar motivasi di perpustakaan.
.Majlis penyerahan anak-anak(mentee) kepada mentor.
.

Akujanji di hadapan ibu bapa.

Friday, March 27, 2009

MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Maulidur Rasul telah dijalankan pada hari ini, 27 Mac 2009. Pelbagai acara telah diadakan, antaranya:
-pertandingan mewarna
-pertandingan melukis sepanduk
-persembahan
-ceramah
-perarakan
-selawat beramai-ramai
Melukis Sepanduk : Yang merasakan sepanduk mereka cantik, dipamerkan dengan bangga.

.

Yang merasakan sebaliknya, tutup muka.

.

Yang tak layak bertanding, terpaksalah tumpang 'glamour'.

Thursday, March 26, 2009

LATIHAN KEBAKARAN 1/2009

Loceng kecemasan telah dibunyikan tepat jam 9.10 pagi hari ini, 26 Mac 2009. Masa berkumpul di padang yang dicatatkan kali ini ialah 4 minit! Agak lambat.Diharapkan pada latihan yang akan datang, masa yang jauh lebih singkat dapat dicatatkan.

Wednesday, March 25, 2009

GURU PELATIH DARI IBMM

2 orang Guru Pelatih dari IBMM (Institut Bahasa Melayu Malaysia) telah memulakan praktikum di sekolah ini mulai 23 Mac 2009 hingga 17 April 2009. Selamat menjalankan praktikum. Membuat banner, menyerlahkan bakat seni.

Biar penat manapun, aku tetap tersenyum comel.

.

AIR MATA SEORANG MURID

Air mata seorang murid,
Tidak kira kerana rasa takut, sakit, sedih, terharu atau tidak puas hati,
Anak murid ini perlu dibimbing dan dididik dengan kasih sayang.
Air mata seorang murid,
Mungkin dia nakal, degil, buat silap dan 'jahat',
Namun, itu semua adalah hak dia,
Kerana seorang murid ada hak untuk buat silap,
Dan guru ada tanggungjawab untuk membetul dan membimbing dia ...

Monday, March 16, 2009

UNTUK DIRENUNGI ...

Kata-kata ini digantung di dalam dewan sebuah sekolah terkemuka di Petaling Jaya. Bukan sahaja untuk kita renungi, malah perlu kita ikuti dan ditanamkan kepada anak-anak murid kita.

"A journey of a thousand miles begins with one step."
"Juara tidak pernah mengaku kalah!"
"Rahsia Kejayaan: usaha, usaha dan terus berusaha."
"Nothing happens unless first a dream."
.

Dato Lee Chong Wei adalah satu contoh hidup yang patut dicontohi.

Friday, March 13, 2009

AMANAT SEBELUM CUTI SEKOLAH

Cuti Pertengahan Semester 1 akan bermula dari 14 Mac hingga 22 Mac 2009. Guru Besar Pn Hjh Salmah bt Abd Rahman mengambil kesempatan untuk memberikan amanat akhir sebelum bermulanya cuti.
Antara yang ditekankan oleh Guru Besar ialah:
- Kelas Tambahan Tahun 6 (Isnin dan Selasa).
- Buat ulangkaji semasa cuti.
- Serahkan Berita Sekolah yang terkini kepada ibu bapa.
.

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

Ramai terkejut dengan kehadiran pegawai polis ke sekolah hari ini, terutama murid nakal yang selalu kena tahan guru.
.
.
Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah dijalankan pada hari ini 13 Mac 2009, 10.30 pagi, di Dewan Sekolah.
Pegawai Polis yang memberi ceramah ialah Sarjan Mejar Mustaka b Hj Abd Shukor.
.
Cenderamata diberikan tanda penghargaan.

Thursday, March 12, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru kepada Noraini bt Junoh yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 20 Mac 2009, cuti sekolah baru-baru ini.

Selamat Pengantin Baru!

Wednesday, March 11, 2009

CERAMAH KESIHATAN

Pada 11/3/2009, 1.00 petang, di Bilik Komputer, Advance Healthscreen Management Sdn Bhd telah datang ke sekolah untuk memberi taklimat kesihatan dan promosi ujian darah..
Yang berminat boleh mendapatkan khidmat ujian darah dengan harga promosi RM150(pemegang kad keahlian).
.

Kepada yang memerlukan masa untuk memikirkannya, masih boleh mendapatkan khidmat ujian darah selepas ini dengan harga promosi ini. Sila dail no telefon 03-79818971 atau Fax 03-79815158.

Semua guru sekolah ini adalah ahli, jadi jangan segan-segan.

Friday, March 6, 2009

AKTIVITI BULAN MAC

Ujian Bulan Mac - 6 hingga 13 Mac 2009
Cuti Pertengahan Penggal 1 - 14 hingga 22 Mac 2009
Ceramah Keselamatan Jalan Raya - 13 Mac 2007
Peperiksaan PTK Mac 2009 - 17 hingga19 Mac 2009
Latihan Kebakaran 1 - xx Mac 2009
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah - 27 Mac 2009
Permohonan Penempatan Tahun 1 2010 - sepanjang bulan Mac
Cuti Maulidur Rasul - 9 Mac 2009
Pengagihan KWAPM 2009 - Mac 2009
Hari Pemuafakatan Ibubapa Tahun 6 - 28 Mac 2009
.
##semua tarikh yang tertera adalah tertakluk kepada perubahan.

Thursday, March 5, 2009

UJIAN BULAN MAC

Ujian Bulan Mac akan bermula pada 6/3/2009 (Jumaat). Diharap semua murid membuat persediaan yang cukup untuk memperoleh pencapaian terbaik.
"KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK, ... HANYA DENGAN USAHA"

PENDAFTARAN TAHUN SATU 2010

Permohonan Penempatan Tahun 1 bagi sesi 2010, 2011 dibuka sepanjang bulan Mac. Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia 5 atau 6 tahun boleh mendaftarkan anak di sekolah ini.

Tempoh Pendaftaran : 1 - 31 Mac 2009
Masa : Waktu Pejabat
Tempat : Pejabat SK2PJ
Sila bawa bersama Sijil Lahir anak (asal dan salinan), bil-bil, salinan sijil nikah.

JAMUAN PERPISAHAN

Jamuan perpisahan Utz Suzilawati dan Guru Besar Hjh Che Dah telah diadakan pada 6/3/2009(Jumaat), 12 tengah hari. Yang diraikan diberi penghormatan untuk berucap sepatah dua kata.
.

.

Guru Pelatih IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa

4 orang Guru Pelatih dari IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa mula menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah ini pada 2/3/2009 selama 2 minggu.
Semoga mendapat pengalaman yang berguna untuk praktikum bulan Julai nanti.

mencari pengalaman awal di SK2PJ

Sunday, March 1, 2009

LENCANA SEKOLAH in 3D

Teknologi tengah berkembang pesat, semua perlu bergerak seiring dengannya.

.

HAHA!

Penerangan Tentang Lencana Sekolah
Obor – Ilmu sebagai penyuluh hidup, kebahagiaan dan keunggulan hidup masa depan.
Buku – Ilmu pengetahuan.
Warna Biru – Sikap bersatu-padu seluruh warga sekolah.
Warna Hijau -Mewujudkan suasana yang harmoni dan melahirkan insan yang berfikiran positif dan mampu mencipta kesejahteraan hidup.
Warna Kuning – Melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada sekolah dan negara.
Warna Merah – Keberanian dan kekuatan luaran dan dalaman untuk menangkis cabaran yang mendatang.

.