Monday, August 31, 2009

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER

Antara yang bakal berlaku bulan ini:

1. Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR - 3 Sept 2009
2. Mesyuarat Guru - 4 Sept 2009
3. Majlis Restu Ilmu - 4 sept 2009
4. Cuti Nuzul Al-Quran - 7 Sept 2009
5. UPSR - 8, 9, 10 Sept 2009
6. Cuti Hari Raya Aidilfitri - 19 hingga 27 Sept 2009
7. Ihya Ramadhan - sepanjang Bulan Ramadhan

Monday, August 24, 2009

KELAS TAMBAHAN UPSR

Bulan Puasa telah bermula pada 22 Ogos 2009, Kelas Tambahan UPSR juga bermula pada hari ini. Namun berbekalkan semangat ingin belajar, murid-murid UPSR ini tetap menunjukkan wajah ceria.Kelas Tambahan ini bermula pada 22 Ogos 2009 dan berakhir pada 29 Ogos 2009.

Wednesday, August 19, 2009

MR HORLICKS MENYERANG

Horlicks telah datang membuat ceramah Makan Untuk Kesihatan di sekolah ini pada jam 9.00 hingga 10 pagi di kantin sekolah.
Sambil mendengar ceramah, sambil mendapat hadiah.
Kehadiran Mr Horlicks menggamitkan seketika suasana.

Tuesday, August 18, 2009

GERAK GEMPUR UPSR 09'

Peperiksaan Gerak Gempur UPSR PPD Petaling Utama sedang giat berlangsung. Ia dijalankan selama 3 hari dari 18 hingga 20 Ogos 2009.

Thursday, August 6, 2009

PENGANTIN BARU OGOS

En Mahadi b Abu Bakar telah menamatkan zaman bujangnya pada 9 Ogos 2009 bersama gadis pilihan beliau Cik Hezereen bt Jaafar.
Selamat Pengantin Baru.

Bergambar dengan teman dan rakan sekolah.

BANGUNAN BARU

2 blok bangunan akan didirikan di kawasan belakang sekolah sekarang. Kerja-kerja memagar dan meroboh bangunan rosak telah bermula sejak 25 Julai 2009. Mengikut kontraktor yang berkaitan, 2 blok bangunan ini akan dapat disiapkan dalam masa setahun.
Kerja-kerja memecahkan gelanggang serbaguna sedia ada.

Wednesday, August 5, 2009

AMARAN H1N1

Amaran H1N1. Ya, bilangan kematian dan bilangan yang dijangkiti terus meningkat saban hari. Khabarnya terdapat seorang murid sekolah ini telah dikuarantin di rumah. Sebilangan murid 'mengambil giliran' bercuti walaupun musim ujian. Tak kurang serius juga, bilangan guru yang selesema dan demam di sekolah ini bertambah dengan mendadak. Ada yang dah bercuti sakit, sedang bercuti sakit, dan akan bercuti sakit?
Sesiapa yang menghidap demam dan selesema diharap memakai topeng muka agar tidak menjangkiti orang lain. Yang sihat walafiat tu pakailah topeng muka agar tidak terjangkit.

Sama-sama kita berusaha mengelakkan jangkitan H1N1.

AKTIVITI BULAN OGOS 09'

Bulan ogos telah datang secara mendadak, antara aktiviti yang dijangka dijalankan:

1. Kemuncak dan Penyampaian Hadiah Bulan Membaca - 3 Ogos 2009
2. Percubaan UPSR JPS - 4,5,6 Ogos 2009
3. Ujian Bulanan - 4,5,6 Ogos 2009
4. Gotong Royong Bilik Khas - 5 Ogos 2009
5. Pelancaran Bulan Kemerdekaan - 10 Ogos 2009
6. Kem Bestari Solat 3/09 - 15 Ogos 2009
7. Gerak Gempur UPSR PPDPU - 18 hingga 20 Ogos 2009
8. Majlis Penutup dan penyampaian Hadiah Bulan Merdeka - 21 Ogos 2009
9. Cuti Pertengahan Penggal ke-2 - 22 Ogos hingga 31 ogos 2009
10. Kelas Tambahan UPSR - 22 hingga 29 Ogos 2009