Ujian Bulan Mac akan bermula pada 6/3/2009 (Jumaat). Diharap semua murid membuat persediaan yang cukup untuk memperoleh pencapaian terbaik.
"KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK, ... HANYA DENGAN USAHA"
Thursday, March 5, 2009
PENDAFTARAN TAHUN SATU 2010
Permohonan Penempatan Tahun 1 bagi sesi 2010, 2011 dibuka sepanjang bulan Mac. Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia 5 atau 6 tahun boleh mendaftarkan anak di sekolah ini.
Tempoh Pendaftaran : 1 - 31 Mac 2009
Masa : Waktu Pejabat
Tempat : Pejabat SK2PJ
Sila bawa bersama Sijil Lahir anak (asal dan salinan), bil-bil, salinan sijil nikah.
Tempoh Pendaftaran : 1 - 31 Mac 2009
Masa : Waktu Pejabat
Tempat : Pejabat SK2PJ
Sila bawa bersama Sijil Lahir anak (asal dan salinan), bil-bil, salinan sijil nikah.
JAMUAN PERPISAHAN
Jamuan perpisahan Utz Suzilawati dan Guru Besar Hjh Che Dah telah diadakan pada 6/3/2009(Jumaat), 12 tengah hari.
Yang diraikan diberi penghormatan untuk berucap sepatah dua kata.
.
Yang diraikan diberi penghormatan untuk berucap sepatah dua kata. .

. Guru Pelatih IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa
4 orang Guru Pelatih dari IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa mula menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah ini pada 2/3/2009 selama 2 minggu.
Semoga mendapat pengalaman yang berguna untuk praktikum bulan Julai nanti.
Semoga mendapat pengalaman yang berguna untuk praktikum bulan Julai nanti.

mencari pengalaman awal di SK2PJ
Sunday, March 1, 2009
LENCANA SEKOLAH in 3D
Teknologi tengah berkembang pesat, semua perlu bergerak seiring dengannya.

.

Penerangan Tentang Lencana Sekolah
Obor – Ilmu sebagai penyuluh hidup, kebahagiaan dan keunggulan hidup masa depan.
Buku – Ilmu pengetahuan.
Warna Biru – Sikap bersatu-padu seluruh warga sekolah.
Warna Hijau -Mewujudkan suasana yang harmoni dan melahirkan insan yang berfikiran positif dan mampu mencipta kesejahteraan hidup.
Warna Kuning – Melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada sekolah dan negara.
Warna Merah – Keberanian dan kekuatan luaran dan dalaman untuk menangkis cabaran yang mendatang.
.
Thursday, February 26, 2009
SEJARAH JANGANLAH BERULANG...
Sepanjang minggu ini sejak 23hb Februari 2009 Isnin, pasukan bola sepak sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak MSSD peringkat zon di SK Bukit Bintang.
Setelah 4 hari berentap, keputusan telah diketahui:
Hari pertama : kalah 1-0 (dengan SK Bukit Bintang 2)
Hari ke-2 : kalah 2-0 (dengan SJKT Vivekananda)
Hari ke-3 : kalah 5-0 (dengan SK Methodist)
Hari ke-4 : kalah 4-0 (dengan SK Tmn Dato Harun)
Barangkali inilah keputusan terburuk yang pernah dicapai oleh sekolah ini.
Diharap persediaan yang rapi dibuat pada masa akan datang sebelum menyertai sebarang pertandingan.
Sejarah jangan berulang lagi!

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN GIGI
Pihak Pejabat Kesihatan Pergigian telah berkampung di sekolah sejak 18hb Februari 2009 untuk membuat pemeriksaan dan rawatan gigi kepada semua murid.
.
Hari ini 26hb Februari merupakan hari terakhir mereka berada di sini. Seperti biasa sesi rawatan akan diakhiri dengan latihan menggosok gigi.

.
Subscribe to:
Posts (Atom)