Thursday, March 26, 2009

LATIHAN KEBAKARAN 1/2009

Loceng kecemasan telah dibunyikan tepat jam 9.10 pagi hari ini, 26 Mac 2009. Masa berkumpul di padang yang dicatatkan kali ini ialah 4 minit! Agak lambat.Diharapkan pada latihan yang akan datang, masa yang jauh lebih singkat dapat dicatatkan.

Wednesday, March 25, 2009

GURU PELATIH DARI IBMM

2 orang Guru Pelatih dari IBMM (Institut Bahasa Melayu Malaysia) telah memulakan praktikum di sekolah ini mulai 23 Mac 2009 hingga 17 April 2009. Selamat menjalankan praktikum. Membuat banner, menyerlahkan bakat seni.

Biar penat manapun, aku tetap tersenyum comel.

.

AIR MATA SEORANG MURID

Air mata seorang murid,
Tidak kira kerana rasa takut, sakit, sedih, terharu atau tidak puas hati,
Anak murid ini perlu dibimbing dan dididik dengan kasih sayang.
Air mata seorang murid,
Mungkin dia nakal, degil, buat silap dan 'jahat',
Namun, itu semua adalah hak dia,
Kerana seorang murid ada hak untuk buat silap,
Dan guru ada tanggungjawab untuk membetul dan membimbing dia ...

Monday, March 16, 2009

UNTUK DIRENUNGI ...

Kata-kata ini digantung di dalam dewan sebuah sekolah terkemuka di Petaling Jaya. Bukan sahaja untuk kita renungi, malah perlu kita ikuti dan ditanamkan kepada anak-anak murid kita.

"A journey of a thousand miles begins with one step."
"Juara tidak pernah mengaku kalah!"
"Rahsia Kejayaan: usaha, usaha dan terus berusaha."
"Nothing happens unless first a dream."
.

Dato Lee Chong Wei adalah satu contoh hidup yang patut dicontohi.

Friday, March 13, 2009

AMANAT SEBELUM CUTI SEKOLAH

Cuti Pertengahan Semester 1 akan bermula dari 14 Mac hingga 22 Mac 2009. Guru Besar Pn Hjh Salmah bt Abd Rahman mengambil kesempatan untuk memberikan amanat akhir sebelum bermulanya cuti.
Antara yang ditekankan oleh Guru Besar ialah:
- Kelas Tambahan Tahun 6 (Isnin dan Selasa).
- Buat ulangkaji semasa cuti.
- Serahkan Berita Sekolah yang terkini kepada ibu bapa.
.

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

Ramai terkejut dengan kehadiran pegawai polis ke sekolah hari ini, terutama murid nakal yang selalu kena tahan guru.
.
.
Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah dijalankan pada hari ini 13 Mac 2009, 10.30 pagi, di Dewan Sekolah.
Pegawai Polis yang memberi ceramah ialah Sarjan Mejar Mustaka b Hj Abd Shukor.
.
Cenderamata diberikan tanda penghargaan.

Thursday, March 12, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru kepada Noraini bt Junoh yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 20 Mac 2009, cuti sekolah baru-baru ini.

Selamat Pengantin Baru!