Tuesday, September 8, 2009

UPSR BERMULA

UPSR telah bermula, semoga semua murid Tahun 6 SK 2 Petaling Jaya dapat menjawabnya dengan tenang dan berjaya.

Jadual Peperiksaan :

8 Sept 2009 (Selasa)
BM-Pemahaman
BM-Penulisan
Mathematics paper 2

9 Sept 2009 (Rabu)
Mathematics Paper 1

10 Sept 2009 (Khamis)
BI Paper 1
BI Paper 2
Science
Ujian Aptitude Semoga berjaya ...

Friday, September 4, 2009

RESTU ILMU

Majlis Restu Ilmu UPSR telah dijalankan pada hari ini 4 September 2009, Jumaat, jam 12.00 tengah hari di Kelas Tahun 1 Cerdas.
Murid-murid UPSR diberi amanat terakhir sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan Selasa depan.

Monday, August 31, 2009

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER

Antara yang bakal berlaku bulan ini:

1. Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR - 3 Sept 2009
2. Mesyuarat Guru - 4 Sept 2009
3. Majlis Restu Ilmu - 4 sept 2009
4. Cuti Nuzul Al-Quran - 7 Sept 2009
5. UPSR - 8, 9, 10 Sept 2009
6. Cuti Hari Raya Aidilfitri - 19 hingga 27 Sept 2009
7. Ihya Ramadhan - sepanjang Bulan Ramadhan

Monday, August 24, 2009

KELAS TAMBAHAN UPSR

Bulan Puasa telah bermula pada 22 Ogos 2009, Kelas Tambahan UPSR juga bermula pada hari ini. Namun berbekalkan semangat ingin belajar, murid-murid UPSR ini tetap menunjukkan wajah ceria.Kelas Tambahan ini bermula pada 22 Ogos 2009 dan berakhir pada 29 Ogos 2009.

Wednesday, August 19, 2009

MR HORLICKS MENYERANG

Horlicks telah datang membuat ceramah Makan Untuk Kesihatan di sekolah ini pada jam 9.00 hingga 10 pagi di kantin sekolah.
Sambil mendengar ceramah, sambil mendapat hadiah.
Kehadiran Mr Horlicks menggamitkan seketika suasana.

Tuesday, August 18, 2009

GERAK GEMPUR UPSR 09'

Peperiksaan Gerak Gempur UPSR PPD Petaling Utama sedang giat berlangsung. Ia dijalankan selama 3 hari dari 18 hingga 20 Ogos 2009.

Thursday, August 6, 2009

PENGANTIN BARU OGOS

En Mahadi b Abu Bakar telah menamatkan zaman bujangnya pada 9 Ogos 2009 bersama gadis pilihan beliau Cik Hezereen bt Jaafar.
Selamat Pengantin Baru.

Bergambar dengan teman dan rakan sekolah.