Friday, November 6, 2009

HARI KANAK-KANAK 2009

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini, 6 November 2009, bertempat di kantin sekolah.
Antara persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid:
-choral speaking
-lakonan
-street dance
-tarian tamil
-tarian siti situ
-nyanyian
-dikir barat

Tokoh Murid 2009 pula dimenangi oleh:
Sarhan b Sulaiman (L)
Faizah Asyiqin bt Roslan (P)

Wednesday, November 4, 2009

AKTIVITI BULAN NOVEMBER

Aktiviti yang bakal dijalankan dalam bulan ini:

1. Ceramah Awal Remaja - 3 November 2009
2. Sambutan Hari Kanak-kanak - 6 November 2009
3. RIMUP (Lawatan Ke Melaka) - 7 November 2009
4. Futsal Antara Rumah - 11 November 2009
5. Jamuan Kelas Tahun Enam - 13 November 2009
6. Hari Anugerah Cemerlang - 17 November 2009
7. Jamuan Dinner Akhir Tahun - 17 November 2009
8. Jamuan Pusat Sumber - 19 November 2009
9. Majlis Perpisahan & Penyerahan Sijil UPSR - 20 November 2009
10. Jamuan Pengawas - 20 November 2009
11. Mesyuarat Induk HEM 4/2009 - 23 November 2009
12. Mesyuarat Induk Kurikulum 4/2009 - 23 November 2009
13. Mesyuarat Induk Kokurikulum 4/2009 - 24 November 2009
14. Program Satu Murid Satu Pokok
15. Latihan Kebakaran 2/2009
16. Kem Bestari Solat 4/2009
17. Hari Anugerah Cemerlang Khas UPSR
18. Cuti Sekolah Bermula - 21 November 2009
19. Persediaan Penyelaras Tahun - 29 Disember 2009
20. Mesyuarat Guru Pertama 2010 - 30 Disember 2009
21. Orientasi Tahun 1 2010 - 31 Disember 2009

Thursday, October 22, 2009

GAMBAR KELAS 2009

Hari ini, 22 Oktober 2009 telah berlangsung sesi fotografi untuk kelas-kelas.4 Cerdas 2009 5 Cerdas 20096 Cerdas 2009

##Comel dan handsomenya guru-guru yang pakai baju Batik Rasmi Sekolah!! :-D

Saturday, October 17, 2009

HAPPY DEEPAVALI

Happy Deepavali kepada semua murid yang beragama Hindu. Kepada semua warga sekolah yang bercuti sempena perayaan ini, selamat bercuti.

Wednesday, October 14, 2009

BERITA SEKOLAH bil(09)sk2pj/07/01/002

Tuan-tuan, Puan-puan,
Penjaga murid-murid,
SK 2 Petaling Jaya.

Sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali dari 17 Oktober hingga 19 Oktober 2009 (Sabtu hingga Isnin).
Berita Sekolah bertarikh 2 September 2009 berkaitan Hari Deepavali adalah terbatal.

Sekian untuk makluman dan tindakan.

Guru Besar.

Sunday, October 11, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Tarikh : 10, 11 Oktober 2009
Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat
Anjuran : Unit Kokurikulum, SK2PJ
Pemandangan seindah lukisan inilah vanue perkhemahan Unit Beruniform kali ini.
Pertandingan mendirikan khemah. Mengisi Air Dalam Paip Besar. Laluan Berhalangan. Keberanian tercabar dalam Jungle Tracking. Mandi di air terjun di atas bukit, pengalaman yang menakjubkan!
Posing...
Dan banyak lagi aktiviti yang pasti meninggalkan seribu kenangan.

Friday, October 2, 2009

AKTIVITI BULAN OKTOBER

Pejam celik dah bulan Oktober!
Antara aktiviti yang dijangka berlangsung ...

1. LDP 5/2009 (Pekeliling dan Perintah Am) - 3 Oktober 2009
2. LDP 6/2009 (1Guru 1Blog, Program ZOOM-A) - 6, 7 Oktober 2009
3. Pengagihan peruntukan KWAMP - 7 Oktober 2009
4. Perkhemahan Unit Beruniform - 10, 11 Oktober 2009
5. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah - 12 Oktober 2009
6. PKSR 2 - 19 hingga 22 Oktober 2009
7. Mesyuarat Guru 6/2009 - 22 Oktober 2009