Monday, May 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 09'

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini, 18 Mei 2009.Potong kek, acara mesti ...
Setahun sekali tunjuk 'skills' ...Salam dan hadiah ...

Saturday, May 16, 2009

ARTIS, DOKTOR DAN GURU

Sempena Hari Guru ini ...

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu. Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku. Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Tulisan: MOHD. ALI MUHAMAD DON Pensyarah Pusat Pemikirandan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU 09'

Seluruh warga pendidik,

Selamat Hari Guru,

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Thursday, April 30, 2009

AKTIVITI BULAN MEI

Aktiviti yang dijangka dijalankan sepanjang bulan Mei:

1. Cuti Hari Pekerja - 1 Mei 2009
2. LDP 1/2009 - 9 Mei 2009
3. Hari Wesak - 9 Mei 2009
4. PKSR 1 Penulisan BM&BI - 5&6 Mei 2009
5. PKSR 1 - 11 hingga 14 Mei 2009
6. Teknik Menjawab Soalan Sains - 11 Mei 2009
7. Mesyuarat Induk Kokurikulum 2/2009 - 13 Mei 2009
8. Sambutan Hari Guru P. Sekolah- 18 Mei 2009
9. LDP 2/2009 - 19 & 20 Mei 2009
10. Mesyuarat Induk PIBG 2/2009 - 23 Mei 2009
11. Mesyuarat Induk Kurikulum 2/2009 - 25 Mei 2009
12. Mesyuarat Guru - 27 Mei 2009
13. Mesyuarat Guru Thun 6 - 27 Mei 2009
14. Mesyuarat PPSMI 2/2009 - 28 Mei 2009
15. Tayangan Influenza A H1N1 - 28 Mei 2009
16. Cuti Penggal 1 - 30 Mei hingga 14 Jun 2009
16. ...

Saturday, April 25, 2009

SUKAN TAHUNAN KE-50

Sukan Tahunan 2009 telah berlangsung pada pagi ini, 25 April 2009, di padang sekolah. Olahragawan dan olahragawati 2009.
. Gaya juara.
. Acara Murid Tua.
. Barisan pegawai bergambar selepas tamat sukan.
Sukan ni penat, tapi menyeronokkan.

Keputusan Akhir:
Juara Keseluruhan : Rumah Biru
Perbarisan : Rumah Biru
Hiasan Khemah : Rumah Hijau
Acara Jemputan 4 x 100m (L) : SJK(C) Chen Moh(J), SK1PJ(N), SK2PJ(3)
Acara Jemputan 4 x 100m (P) :SJK(C) Chen Moh(J), SK1PJ(N), SK2PJ(3)
Acara Pegawai/ Ibu :Pegawai Wanita
Acara Pegawai/ Bapa :Kaum Bapa
Olahragawan :Meor Aidil Aizal b Alias(M)
Olahragawati :Farisa Najihah bt Mohd Rafdi(B)

Monday, April 20, 2009

MENJELANG SUKAN TAHUNAN

Menjelang Sukan Tahunan 2009 pada Sabtu ini, acara akhir bagi lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan pada pukul 8.00 pagi tadi.
Berikut senarai acara yang akan diadakan sepanjang minggu ini:
Latihan Sukaneka - Selasa dan Rabu (21&22 April 2009)
Raptai Sukan - Khamis (23 April 2009)
Sukan Tahunan - Sabtu (25 April 2009)

Friday, April 17, 2009

MISTERI BULAN APRIL

Misteri di bulan April...

1. Kenapa Ceramah Kesihatan CHAMPS tidak menjadi?