Friday, December 19, 2008

JEJAK SEJARAH SEKOLAH

1954 (April)
Petaling Jaya School ditubuhkan. Batu asas telah diletakkan oleh Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Al Marhum Sultan Ala'ddin Sulaiman Shah, K.C.M.G pada 8 April 1954. Merupakan SRK yang tertua di Petaling Jaya.

1954 ( 20 November)
Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah merasmikan pembukaan sekolah.
Satu blok bangunan sahaja. Terdapat 14 buah bilik darjah, sebuah pejabat, dan sebuah bilik guru. Murid lelaki dan perempuan.
Cik Chan Khoo - Guru Besar pertama.

Sekolah dimulakan pada 1 Oktober 1954. 8 kelas (1A, 1B, 2A, 2B, 3A, 3B, 4A, 4B ) didaftarkan. Jumlah murid 257 orang.

Antara guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini : Cik Nyarose bt Osman, Madam Liew, Cik Cinnaswamy, En Edward Jalleh, En Michael Webber, Cik Arumugam, Cik Santhanam, Cik Ng Gek Lan, Cik Skelehy, En Loke, En Thangarajah, Cik Liew, Cik Wong Mew Ying, En Choong Wan Chan.

1955
( 10 Jan ) - Kelas 5A, 5B ditambah.
Sekumpulan 5 orang Nazir Sekolah dari United Kingdom telah membuat lawatan ke sekolah ini dan telah membuat satu laporan rasmi (blueprint) kepada kerajaan.
Berdasarkan laporan ini, Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan diperkenalkan di Malaysia.
Petaling Jaya School bertukar nama kepada Sekolah Rendah (Jenis ) Kebangsaan Jalan 10.
Ketika itu, Petaling Jaya baru saja dibuka. Ia merupakan bandar satelit pertama di bawah Rancangan Briggs.

1956
Kelas 6A, 6B, 3C, 1C ditambah.
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut diajar di sekolah ini disamping Bahasa Malaysia.
Waktu sekolah 7.30 pagi hingga 3.00 petang. 1 jam rehat makan tengah hari.
Waktu sekolah ini telah berjalan selama setahun.
Majalah sekolah, 'PENAJA' diterbitkan.

1958
10 Mei, Mesyuarat Lembaga Pengurus pertama diadakan.

1959
SRJK Jalan 10 dibahagi kepada sekolah 1 dan sekolah 2 di bawah bangunan yang sama.
Cik Ulan Khoo kekal sebagai Guru Besar Sekolah 1.
Pn L Flynn Guru Besar pertama Sekolah 2.

1962
Blok bangunan baru 3 bilik darjah dibina berhampiran kantin sekolah. Dinding pemisahnya boleh dibuka untuk menjadi sebuah dewan.

1968
Semua murid perempuan sekolah 1 dan 2 telah dipindahkan ke SRJK Jalan Selangor yang baru dibuka.

1968 - 1986
Hanya melibatkan pengambilan murid-murid lelaki sahaja.
Hal ini adalah untuk mengurangkan masalah disiplin sekolah.

1970
Dasar Pelajaran kebangsaan diperkenalkan.
Bahasa penghantar sekolah telah diubah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

1975
Blok bangunan 8 bilik darjah dibina bersebelahan dengan blok lama. Blok ini terdiri daripada dinding pemisah yang boleh dibuka untuk menjadi dewan serbaguna.

( jejak sejarah sekolah di atas dipetik dari Sejarah Sekolah yang ditulis oleh En Edward Jalleh, guru sekolah ini dari 1954 hingga 1964; dan Guru Besar sekolah 1 yang berkhidmat dari 1.1.1981 - 25.1.1984)

1986- Sekolah kembali kepada sekolah campuran lelaki dan perempuan.

1987 - Cubaan SK2 untuk menukarkan nama SRK(2)Jalan 10 kepada Sekolah Sultan Hishamuddin Shah.

1996
Nama sekolah diubah kepada SK (2) Petaling Jaya.

1997
Bilik Komputer diwujudkan hasil kerjasama dengan SK1. Kedua-dua sekolah berkongsi Bilik Komputer.

2002
SK 1 menarik diri dari Program Bilik Komputer berikutan mereka mendapat Makmal Komputer Kementerian. Komputer dalam Bilik Komputer telah dibahagikan sama rata antara kedua-dua sekolah.
Hasil usaha semua pihak, Bilik Komputer SK2 telah diteruskan.

2006
Blok bangunan 3 bilik darjah (dewan) tidak lagi digunakan berikutan kerosakan pada bumbung dan silingnya.

.
.
.

No comments: